'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, September 20, 2010

56 peratus henti tabiat merokok

Amaran bergrafik pada kotak rokok yang mula dilaksanakan sepenuhnya sejak Julai tahun lalu menampakkan kesan positif, kata Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) bagi Malaysia, Dr Maizurah Omar.

Katanya, kajian ITC akhir tahun lalu menunjukkan 56 peratus perokok yang membaca amaran grafik itu tidak meneruskan hasrat merokok apabila teringin melakukannya dan daripada jumlah itu, lebih 60 peratus berjaya melakukannya beberapa kali.

Kajian yang membabitkan 1,901 orang dewasa itu juga mendapati lebih 85 peratus perokok yang melihat label amaran bergambar itu, memikirkan mengenai risiko kesihatan yang bakal dialami dan hampir 13 peratus memikirkannya dengan serius. Tindakan memikirkan risiko merokok mempengaruhi tingkah laku sejumlah besar perokok. Label amaran kesihatan yang dipaparkan pada kotak rokok amat berkesan apabila kita dapati peratusan tinggi dalam kalangan perokok yang terpandang, membaca dan melihatnya dengan serius dan memikirkan mengenai risiko kesihatan.

Mereka yang berfikir mengenai risiko kesihatan akan mengambil tindakan berhenti merokok dan ia berlaku berulang kali. Perokok tidak dapat mengelak daripada memandang mesej yang terpapar pada depan dan belakang kotak rokok.

Gambar realiti dan mesej kesihatan yang jelas dan tepat memberi impak tinggi kepada pemikiran, emosi, perasaan ingin berhenti dan cubaan berhenti, katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Label amaran bergrafik pada kotak rokok dikuatkuasakan 1 Jun 2009 secara berperingkat dan hanya dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Julai tahun yang sama. Kajian dijalankan pada Julai hingga Oktober tahun lalu itu membabitkan 1,901 perokok dewasa dengan 99 peratus adalah perokok lelaki dan 63 peratus berada di bandar.
Maizurah berkata, 74 peratus daripada perokok juga memberikan reaksi takut dan terkejut apabila melihat gambar yang dipaparkan pada kotak rokok berkenaan, sekali gus memberi makna label amaran bergambar memberi tamparan hebat kepada pemikiran mereka mengenai realiti merokok.

"Selain takut dan terkejut, perokok juga berasa tidak selesa atau tidak tenteram dengan realiti yang dipaparkan kepada mereka dalam grafik itu, katanya.


BH 20/09/10

No comments: