'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, September 20, 2010

MAS syarikat penerbangan ketujuh terbaik dunia

Kedudukan Penerbangan Malaysia (MAS) naik satu tangga untuk bertapak di tempat ketujuh dalam senarai tinjauan pendapat umum mengenai Pelancongan 2010 bagi kategori 10 syarikat penerbangan terbaik di seluruh dunia yang dijalankan oleh majalah pelancongan bagi Asia, Smart Travel Asia.

Tinjauan pendapat itu direkodkan daripada kalangan pengguna perkhidmatan udara pada purata 13.56 kali sejak 12 bulan lalu, dengan 60 peratus daripadanya berpangkalan di Asia, 20 peratus di Eropah manakala 20 peratus lagi di Amerika.

MAS menduduki tempat ke-lima dalam kategori 10 Perkhidmatan Kabin Terbaik dan tempat ke-enam dalam kategori 10 Kelas Bisnes Terbaik. Pengurus Besar Kanan, Pejabat Pengarah Urusan MAS, Muzzaffar Othman dalam satu kenyataan semalam, berkata pasaran Asia adalah sasaran utama syarikat penerbangan itu, dan pihaknya amat gembira kerana menerima pengiktirafan berkenaan.

Beliau berkata, 60 peratus daripada mereka yang dirujuk pendapat itu adalah daripada kalangan pengguna di Asia, dan ia pasti akan membakar semangat syarikat itu bagi mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk memberikan perkhidmatan bertaraf lima bintang kepada pelanggan.

Kami berada di landasan yang betul dalam usaha mengukuhkan pertumbuhan dan sedang menantikan penghantaran pesawat baru kami mulai tahun ini sehingga 2014. Pesawat B737-800s akan tiba mulai Oktober ini.

Dengan ini kami akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia dan kedua di dunia menerima pesawat yang dirujuk sebagai Boeing Sky Interior. Ini bermakna pelanggan kami akan dapat menikmati produk dan perkhidmatan lebih baik oleh syarikat kami, katanya.
Muzzaffar berkata, MAS sentiasa mencari jalan untuk menambah baik pengalaman penerbangan yang boleh ditawarkan kepada pelanggannya dan salah satu daripadanya ialah menerusi pengenalan aplikasi MHmobile.

Katanya, menerusi aplikasi ini pelanggan bukan saja boleh membeli tiket dan check-in penerbangan mereka menerusi telefon bimbit, malah ia turut membenarkan mereka memeriksa mata yang terkumpul dalam ganjaran Enrich mereka.

Sementara itu, Editor Smart Travel Asia, Vijay Verghese, berkata keputusan pendapat ramai itu adalah pencapaian yang amat cemerlang buat MAS kerana ia terpilih daripada lebih 100 syarikat pengangkutan yang beroperasi.

BERNAMA

No comments: