'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Saturday, September 18, 2010

Jabatan Hutan Sarawak persoal tindakan agensi Norway tarik balik pelaburan

Kerajaan Sarawak, menerusi Jabatan Hutan mempertahankan Samling Global Ltd berikutan keputusan Dana Pesara Kerajaan Norway menarik balik pelaburan berjumlah AS$16 juta (kira-kira RM50 juta) daripada konglomerat balak itu atas alasan etika.
Pengarah Jabatan Hutan Negeri, Datuk Len Talif Salleh hari ini berkata pihak
berkuasa Norway sepatutnya berhubung dengan Kementerian Luar atau Kedutaan
Malaysia di Norway untuk mendapatkan maklumat mengenai penilaian objektif
berkaitan industri pembalakan Sarawak.

"Jumlah pelaburan itu tidak penting berbanding ekuiti keseluruhan Samling tetapi dakwaan bahawa syarikat itu terbabit dalam pembalakan haram dan
mengakibatkan kerosakan teruk kepada alam sekitar bagi mewajarkan tindakan
mereka menarik balik pelaburan adalah tidak beretika memandangkan kredibiliti
kami telah dipersoalkan," katanya.

Len, yang juga Timbalan Setiausaha Tetap Perancangan dan Pengurusan Sumber
Negeri, berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri
beliau di Demak Baru di sini.

Bulan lepas, Dana Pesara Kerajaan Norway, menggugurkan Samling, yang mempunyai
perolehan tahunan sebanyak US$480 juta (kira-kira RM1.48 bilion), daripada
portfolionya berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh Majlis Etika, dengan
mendakwa syarikat itu terbabit dalam pembalakan haram dan mengakibatkan
kerosakan teruk kepada alam sekitar.

- BERNAMA

Berita Harian 18/09/2010

No comments: