Tawaran kerajaan kepada graduan perubatan dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf untuk menduduki ujian kecekapan yang berakhir pada akhir bulan ini, dilanjutkan setahun lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam hari ini.
Beliau berkata peraturan itu membabitkan kira-kira 200 graduan perubatan yang memilih untuk memindahkan kredit mereka kepada universiti tempatan dengan menjalani program bagi menguji kecekapannya selama 18 bulan.
Pada mulanya, program ini tamat dalam masa tiga tahun, tetapi ia dipendekkan kepada 18 bulan setelah menteri itu membangkitkan perkara ini pada mesyuarat kabinet Julai lalu, katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya tempoh itu dipendekkan kepada 18 bulan daripada tiga tahun kerana graduan perubatan merasakan bahawa tempoh tiga tahun adalah terlalu lama kerana kebanyakan mereka berumur 40 tahun ke atas.
Graduan daripada institusi yang tidak diiktiraf pada lazimnya dikehendaki lulus dalam ujian kecekapan sebelum mereka mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM).
“Semalam, kabinet melanjutkan tarikh akhir untuk menduduki ujian kecekapan itu dari 31 Disember tahun ini kepada 31 Disember tahun depan kerana ramai graduan perubatan mendapati sukar untuk memasuki institusi tempatan bagi menduduki ujian ini,” kata beliau.
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ini memang blom update nih..
tidak ada orang ka ganti?
Post a Comment