'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, July 21, 2010

Chatting atau 'Face Book ' : Berkenalan di alam siber biar berpada, elak terjebak perangkap penjenayah

DI sebalik kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini, wujud kes jenayah siber yang kian membimbangkan. Ini kerana salah satu fenomena buruk itu ialah semakin ramai wanita yang menjadi mangsa jenayah siber. Sindiket antarabangsa yang menjalin hubungan sebagai rakan, memperdayakan mangsa menerusi internet, khususnya laman sembang sosial. Mangsa akhirnya diheret dan diperdaya sehingga terjebak dengan pengedaran dadah, pelacuran serta pemerdagangan manusia.

Rakan siber yang mendalangi sindiket lazimnya memperdaya mangsa dengan mengumpan cinta, janji manis dan kemewahan. Selepas terjerat, ejen sindiket bertindak memperdayakan mangsa mengikut keperluan mereka. Kelmarin, Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendedahkan lebih 25 penipuan dikesan setakat ini membabitkan kenalan internet, sebahagian besar mangsanya adalah wanita Melayu dan Cina.

Dalam kejadian terbaru, sindiket meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank untuk pelbagai tujuan seperti kononnya bayaran cukai atau denda bagi bungkusan yang dihantar menerusi lapangan terbang itu. Ada mangsa sanggup menyerahkan wang sehingga RM300,000 tanpa kenal siapa kenalan atau ‘kekasih’ mereka itu. Justeru, orang ramai harus berhati-hati dan jangan terlalu mudah terpedaya untuk menjalin perkenalan siber, kemudian diarah mengikut kehendak mereka, sehingga ada yang menjadi keldai dadah.

Berkenalan biar berpada dan jangan sampai menjadi mangsa. Selain menjadi saluran maklumat tanpa sempadan, internet juga adalah gedung segala kebejatan. Ia kini menjadi tempat persembunyian dan pusat operasi penjenayah yang tidak dikenali secara nyata. Jenayah siber ternyata menjangkaui pemikiran umum atau perancangan pihak berkuasa yang mahu membanterasnya.

Dalam kes seperti berlaku di KLIA, pihak berkuasa wajar bertindak lebih proaktif. Dalam kes penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur fitnah dan hasutan, selain gambar lucah di negara ini, ternyata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berjaya mengheret pihak yang disyaki ke muka pengadilan.

Kita juga berharap pihak berkuasa mempunyai kemampuan sama menangani kes penipuan wang tunai yang dideposit ke dalam akaun bank yang didalangi sindiket antarabangsa. Dalam jenayah sebegini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membantu kerana institusi perbankan pusat itu mempunyai kepakaran seperti membanteras skim cepat kaya melalui internet. Pada Mei lalu, BNM mendedahkan lebih RM300 juta milik kira-kira 150,000 pelabur lesap kerana menyertai skim pelaburan haram di seluruh negara sejak 2009 yang ditawarkan melalui internet. Jenayah internet seperti jenayah lain, perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Di Amerika Syarikat, ada pusat pengaduan diwujudkan pada peringkat daerah, negeri, persekutuan atau antarabangsa. Kerangka organisasi yang membanteras jenayah siber seperti di Amerika perlu diwujudkan di Malaysia. Jika tidak, rakyat negara ini akan terus diancam penjenayah siber yang masih bebas mempromosikan kegiatan mereka menerusi internet.

No comments: