'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, July 30, 2010

Tidak perlu mansuh peperiksaan - Dr. M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, sistem peperiksaan yang diamalkan di sekolah-sekolah di negara ini tidak perlu dihapuskan sebaliknya perlu dikaji dan diperbaiki sepanjang masa.

Beliau berkata, adalah tidak salah untuk melaksanakan sistem peperiksaan di sekolah seperti yang telah diamalkan sebelum ini.

"Tetapi jenis sistem peperiksaan yang ada ini sebenarnya adalah salah. Kita perlu mengkaji semula dan memperbaikinya daripada memansuhkan sistem yang ada," katanya di dalam blog http://chedet.co.cc.

Dr. Mahathir mengulas cadangan kerajaan sebelum ini untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa depan.

Ia kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak yang tampil dengan pelbagai pandangan mengenainya.

Dr. Mahathir berkata, dalam usaha kerajaan memastikan setiap rakyatnya mendapat pendidikan, kualiti pendidikan sedia ada juga perlu terus diperbaiki.

No comments: