'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, October 6, 2010

Pengeluar susu pekat dijangka naikkan harga

Tindakan akibat susu import lebih mahal di luar kawalan kementerian

Harga susu pekat mungkin dinaikkan akibat harga susu yang diimport dari luar negara adalah tinggi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pengeluar susu pekat mungkin mengambil tindakan menaikkan harga barangan itu kerana ia berada di luar kawalan kementerian.

“Tiada kenaikan harga susu pekat setakat ini, tetapi ada khabar angin mengenainya. Harga import susu pekat sekarang agak mahal dan pengilang tidak mempunyai pilihan untuk menaikkan harganya,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), di sini semalam.

Hadir sama dua Timbalannya, Datuk Rohani Abdul Karim dan Datuk Tan Lian Hoe serta Pengarah MKM, Idris Ismail. Ismail Sabri berkata, kementerian tidak mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang kenaikan jika harga susu atau kopi naik kecuali selepas Akta Anti Percatutan diluluskan pada sesi Parlimen bulan ini.

Beliau berkata, akta berkenaan bukan untuk menyekat terus kenaikan harga barangan, sebaliknya ia boleh berlaku jika kenaikan itu disebabkan pengeluar mempunyai alasan kukuh bertindak demikian disebabkan barangan itu diimport dari luar negara dengan harga tinggi.

No comments: