'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, October 13, 2010

Umur persaraan wajib tidak dinaik ke 60 tahun

Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.

“Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar. Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.

“Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, ter-utamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus be-kerja atau tidak,” katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Menjawab soalan sama ada langkah meningkatkan umur persaraan dapat mengelak tenaga muda yang kini bekerja di sektor awam daripada berhijrah ke sektor swasta, Mohamed Nazri berkata perkara itu dapat diatasi melalui semakan gaji oleh kerajaan dari semasa ke semasa serta pelbagai kelebihan lain bagi memastikan gaji sektor awam terus kompetitif.

“Contohnya, gaji yang diterima pegawai berkelulusan ijazah pada masa ini lebih baik daripada gaji yang ditawarkan oleh sektor swasta. Kedua, kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti untuk golongan pendidik, dan ketiga, kenaikan pangkat ikut kepakaran se-perti dilakukan kepada pensyarah, pegawai perubatan dan penyelidik,” katanya.

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Menurutnya Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia yang umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Umur persaraan kakitangan kerajaan telah mengalami perubahan dua kali setakat ini. Pertama, pada 2001 apabila usia persaraan kakitangan sektor awam dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, kemudian dilanjutkan kepada 58 tahun pada 2008.

— Bernama BP 12/10/2010

No comments: