'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, October 6, 2010

Pertubuhan haram guna Facebook diberi amaran

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memberi amaran akan mengambil tindakan mendakwa pertubuhan haram yang berleluasa di internet, termasuk laman sembang popular Facebook.

Ketua Pengarahnya, Datuk Md Alias Kalil, berkata pihaknya menyedari ramai individu menggunakan internet seperti Facebook dan blog sebagai platform untuk menjalankan kegiatan mereka, termasuk mewujudkan pelbagai pertubuhan membabitkan orang ramai.

Katanya, mengikut Akta Pertubuhan 1966, jika tujuh individu bergerak sebagai ahli dan menjalankan gerakan menggunakan jenama tertentu di laman sembang Facebook, mereka juga termaktub dalam akta terbabit dan perlu mendaftar.

“Ada menggunakan platform terbabit untuk berniaga atau lebih dikenali perniagaan dalam talian yang boleh mendatangkan masalah kepada orang ramai jika dibiarkan berterusan,” katanya pada majlis taklimat dan penyampaian Sijil Pertubuhan di Rumah Anak Yatim Mak Teh, di sini, semalam. Md Alias menasihatkan, kumpulan tertentu yang wujud di laman Facebook dan menjalankan kegiatan bagi pihak orang ramai serta membuat kutipan yuran, supaya mendaftar dengan JPPM.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, 486 pertubuhan di seluruh negara dibatalkan pendaftaran dan sebahagian besar pembatalan terbabit disebabkan kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan.

“Selain itu, ada pertubuhan turut dibatalkan kerana desakan ahli selepas mendapati gagal menyerahkan penyata kewangan tahunan yang menjadi punca utama perbalahan dan perpecahan organisasi,” katanya.

Beliau berkata, jumlah pembatalan pertubuhan terbabit didapati berkurangan berbanding 1,188 dicatatkan sepanjang tahun lalu, berikutan timbul kesedaran di kalangan peneraju pertubuhan selepas mengikuti program dianjurkan jabatan.

"Sebahagian besar pertubuhan yang dibatalkan pendaftaran membabitkan kalangan organisasi kebajikan dan sukan, selain pertubuhan politik di peringkat cawangan," katanya.

Md Alias berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak membatalkan pertubuhan berbentuk melampau dengan menggunakan logo tertentu yang menyalahi peraturan seperti dilakukannya terhadap Hindraf dan al-Arqam. "Setakat ini, sebanyak 115,000 pertubuhan berdaftar dengan JPPM,” katanya.

BH 6/10/10

No comments: