'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, October 12, 2010

ISU : Pilihlah ketua jabatan kerajaan berintegriti tinggi

Pada penghujung tahun ini, dijangkakan banyak berlaku peralihan kuasa baik di peringkat kementerian mahupun di jabatan kerajaan. Ada beberapa pegawai tertinggi kanan kerajaan, ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ketua-ketua jabatan yang baru akan dilantik bagi menggantikan pegawai yang telah bersara.

Maka berpeluanglah bagi pegawai-pegawai kanan yang masih dalam perkhidmatan dan yang menunggu kenaikan pangkat untuk dilantik mengisi kekosongan.

Setiap ketua pengarah walau di mana jua diletakkan dan diamanahkan oleh kerajaan, mereka harus mempunyai integriti yang paling tinggi dan beramanah, agar pegawai-pegawai bawahan akan lebih 'menghormati ketuanya'.

Sikap taat setia dan tidak memburuk-burukkan Kerajaan Pusat serta menghormati kepimpinan tertinggi negara amat dititikberatkan dan haruslah menjadi amalan setiap ketua-ketua pengarah atau ketua jabatan dan juga semua pegawai kerajaan. Surat akur janji yang telah ditanda tangani diawal perkhidmatan juga harus dipatuhi isi kandungannya.

Oleh yang sedemikian, Perdana Menteri atau Menteri yang memimpin sesebuah kementerian yang diamanahkan untuk mencadangkan nama-nama bagi jawatan ketua pengarah yang baru haruslah meneliti dengan baik agar tidak tersalah pilih calon. Rakyat amat bimbang jika ketua pengarah atau ketua jabatan yang baru itu mungkin akan merosakkan nama baik kerajaan. Pilihlah yang benar-benar layak di antara yang paling layak.

Saya ingin berkongsi pandangan terhadap beban tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pegawai kanan kerajaan baik di sektor perkhidmatan dan di bahagian perancangan serta di peringkat GLC di mana pada masa ini, semua pegawai kanan kerajaan dan syarikat milik kerajaan akan dinilai dengan sistem indeks prestasi utama dan hasil dari Bidang Keberhasilan Utama Negara dari setiap jabatan atau syarikat yang diamanahkan.

Pernah suatu ketika, sekumpulan pemimpin muda UMNO berjumpa dengan seorang pegawai tertinggi kanan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), yang bertujuan untuk membuat kunjungan hormat. Mereka tidak menduga dan terkejut mengenai cara penerimaan pegawai tinggi tersebut terhadap kehadiran kumpulan itu.

Perjumpaan yang berlangsung hampir 30 minit itu, separuh masa pertemuan itu diisi dengan kritikan pegawai tertinggi itu yang tidak berpuas hati dengan kerajaan serta pucuk pimpinan tertinggi kerajaan Barisan Nasional. Malah, adakalanya beliau memuji kebaikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Saya dimaklumkan pegawai tersebut langsung tidak mesra kepada tetamu yang hadir malah di hadapan kumpulan ini juga beliau telah mengherdik pegawai-pegawainya tanpa memikirkan air muka pegawai tersebut di hadapan kumpulan tetamu.

Baru-baru ini, saya diberitahu ada anggota keluarga bomba yang terlibat dengan kemalangan (terjatuh lif), namun tiada seorang pun pegawai tertinggi di JBPM yang datang melawat keluarga tersebut.

Contohilah bagaimana pemimpin pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mempunyai sikap mengambil berat dan prihatin yang tinggi terhadap kebajikan anggota bawahannya.

Beginikah sikap seorang pegawai tertinggi kerajaan terhadap masyarakat? Jika beginilah sikap seorang pegawai kerajaan, makin bencilah rakyat terhadap kerajaan BN kerana memilih pegawai yang tidak amanah, tidak mesra rakyat dan tidak taat kepada pucuk pimpinan BN. Oleh itu, kerajaan harus berhati-hati dalam memilih peneraju jabatan kerajaan agar tidak tersalah pilih.

Shuhada Ghazali
Kuala Lumpur

Petikan : Rencana, Utusan Malaysia 12/10/2010

No comments: