'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, November 26, 2008

ASW 2020 tawar satu bilion unit mulai esok

Satu bilion unit baru Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan ditawarkan mulai esok bagi memberi peluang lebih ramai rakyat melabur dalam saham amanah itu.

Unit baru saham amanah yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia itu, boleh dilanggan mulai jam 8 pagi di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) seluruh negara dan 1,627 cawangan ejennya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dalam tempoh tawaran sehingga 3 Disember ini, pelaburan maksimum dihadkan 10,000 unit seorang.

“Selepas tamat tempoh itu, had pelaburan maksimum itu akan dihapuskan. Had pelaburan maksimum dikenakan bagi memastikan penyertaan yang saksama berikutan sambutan dan peningkatan pertanyaan orang ramai yang berminat melabur dalam dana itu,” katanya.

Dalam kenyataan media semalam, Hamad Kama Piah berkata pelancaran unit baru itu akan menjadikan saiz dana ASW 2020 meningkat kepada 10.42 bilion unit, berbanding 9.42 bilion ketika ini.

Pada 1 September 2006, ASW 2020 mencatat sejarah apabila kuota langganan untuk bukan Bumiputera habis dijual dalam tempoh 27 minit selepas satu bilion unit baru dibuka.

No comments: