'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, November 3, 2008

Malaysia masih bebas kemelesetan ekonomi

Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini dan tahun depan walaupun ekonomi global menghadapi cabaran yang getir, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Katanya, walaupun sebuah negara terbuka, Malaysia mempunyai kekuatan dan ketahanan kerana ekonomi negara ini sudah dipelbagaikan dan tidak bergantung kepada satu-satu negara untuk eksport.

Beliau menjelaskan eksport negara seperti kelapa sawit dan barangan juga semakin tertumpu kepada China dan India yang meng-alami pertumbuhan yang tinggi walaupun berlaku penurunan, iaitu lapan hingga sembilan peratus.

"Tahun depan pun kita tidak akan menghadapi keadaan kemelesetan ekonomi," katanya selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali Rapid Penang Sdn Bhd di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kedudukan ekonomi negara berikutan perkembangan terkini ekonomi di seluruh dunia yang dijangkakan mengalami kemerosotan.

Kelmarin, pasaran saham global menjunam lagi susulan aktiviti jualan secara besar-besaran oleh pelabur berikutan jangkaan kemerosotan ekonomi global yang sukar dielakkan.

Bagaimanapun, Nor Mohamed mengakui negara ini tidak akan terlepas daripada terkena tempias akibat keadaan yang berlaku pada peringkat global. Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengambil langkah perlu bagi menghadapinya.

"Kita perlu mengurangkan sedikit unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun depan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Menteri Kewangan akan mengumumkan ketika menggulung perbahasan di Parlimen nanti," katanya.

Mengenai pandangan penganalisis bahawa Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) akan jatuh sehingga 780 mata pada minggu depan, Nor Mohamed berkata, beliau tidak mengetahuinya kerana ia selalu turun naik. Kelmarin KLCI jatuh 32.21 mata kepada 859.11, iaitu paling rendah dalam tempoh empat tahun.

Ditanya kemungkinan masalah akan lebih teruk pada masa depan, beliau berkata, kerajaan tidak pasti perkara itu dan apa yang pasti ekonomi dunia menghadapi cabaran getir.

"Apa yang penting pada masa ini kita memperkuatkan lagi ketahanan negara kita," katanya.

No comments: