'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, November 27, 2008

PTPTN saman 18,532 peminjam tegar

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga Oktober lalu telah menyaman 18,532 peminjam tegar kerana tidak mengendahkan arahan supaya membayar balik pinjaman pelajaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah terbanyak ialah peminjam Melayu seramai 15,457 orang atau 83.41 peratus.

``Turut disaman ialah peminjam kaum Cina seramai 1,433 orang; India (991 orang) dan kaum lain (651 orang),'' katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Amran Ab. Ghani (PKR-Tanah Merah) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, langkah menyaman peminjam terbabit di mahkamah merupakan tindakan terakhir yang diambil oleh PTPTN.

``Ini berikutan individu berkenaan dikategorikan sebagai peminjam tegar yang tidak mengendah surat amaran yang telah dikeluarkan kepada mereka,'' katanya. - Utusan

No comments: