'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, November 11, 2008

KWSP pastikan simpanan ahli RM120,000

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa memastikan ahlinya mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM120,000 apabila mencapai usia 55 tahun walaupun ia membenarkan mereka membuat pelaburan yang berisiko.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, kemudahan itu diperkenalkan bagi memenuhi permintaan sebahagian besar ahli KWSP yang ingin mengambil risiko pelaburan dengan tujuan mendapatkan pulangan lebih tinggi untuk simpanan dalam jangka masa panjang.

‘‘Pilihan mencarum ini adalah atas pilihan ahli sendiri,” katanya yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR- Petaling Jaya Selatan), beliau berkata, salah satu skim pengeluaran yang disediakan oleh KWSP kepada ahlinya adalah pilihan mencarum.

‘‘Kemudahan ini membolehkan ahli yang mempunyai simpanan melebihi kadar simpanan asas dalam Akaun I melabur di dalam pasaran wang, pasaran bon dan saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia termasuk saham blue-chips,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, pelaburan itu bukanlah pelaburan secara langsung oleh ahli tetapi pelaburan yang diuruskan oleh syarikat dana amanah dan syarikat pengurusan aset.

No comments: