'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, November 25, 2008

Sarawak: Salcra umum dividen RM50 juta

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) semalam mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM50 juta kepada 16,000 peserta skim kelapa sawitnya untuk tahun ini. Dengan jumlah itu, sebanyak RM293 juta sudah dibayar oleh Salcra kepada pesertanya sejak pembayaran pertama dibuat pada 1976. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, berkata dividen untuk tahun ini akan dibayar kepada peserta dalam tempoh antara Januari hingga Julai tahun depan.

Katanya, Salcra mampu memberikan dividen tinggi kerana prestasi kewangan yang amat memberangsangkan. Beliau yang juga Pengerusi Salcra, turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk diagih-agihkan kepada badan kebajikan sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial lembaga itu. "Badan kebajikan yang akan menerima sumbangan itu termasuklah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (Peryatim), Badan Kebajikan Kaum Penan, Gereja St Luke Sri Aman, Kesatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sri Aman dan Pertubuhan Kebajikan Cina," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Merarau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augstine di sini, semalam. Kebanyakan skim tanaman kelapa sawit Salcra terletak di bahagian Kuching/Kota Samarahan dan Sri Aman/Betong.

Sementara itu, dalam ucapannya juga, Jabu turut mengingatkan betapa soal kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini membolehkan rakyatnya hidup aman harmoni tanpa mengira kaum dan keturunan. Malah katanya, keharmonian kaum yang dikecapi membantu melancarkan projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.

"Tanpa kebebasan beragama, mungkin agak sukar untuk kita mengecapi pembangunan di tahap sekarang. "Inilah yang perlu kita pertahankan, sekali gus kita harus menolak tindakan mana-mana pihak yang cuba membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan di negara ini," katanya.

No comments: