'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, October 28, 2008

11,834 pencarum KWSP pilih skim fleksibel

Seramai 11,834 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih pengeluaran caruman secara fleksibel apabila mencapai umur 55 tahun membabitkan tunai sebanyak RM728 juta sehingga Jun lalu sejak skim itu dilancarkan pada November 2007.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam, KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata kaedah yang fleksibel ini membolehkan ahli menguruskan simpanan persaraan mereka dengan lebih tersusun selain terus berpeluang menikmati dividen tahunan sehingga berusia 75 tahun.

Beliau berkata, melalui skim ini bayaran pengeluaran boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu pengeluaran sebahagian, iaitu ahli boleh mengeluarkan sekurang-kurangnya RM2,000 bagi setiap pengeluaran dalam tempoh 30 hari sekali. Ahli perlu mengemukakan permohonan pada setiap kali membuat pengeluaran.

Kaedah kedua, pengeluaran bayaran secara bulanan dengan kadar minimum RM250 sebulan bagi tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan, dengan syarat ahli memiliki minimum RM3,000 di dalam akaun mereka. “Kaedah bayaran yang fleksibel ini bertujuan menggalakkan ahli supaya tidak mengeluarkan simpanan secara sekali gus.

“Kajian menunjukkan sebahagian besar ahli membelanjakan simpanan mereka dalam tempoh kurang dari 10 tahun selepas mengeluarkan secara sekali gus,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata pengeluaran fleksibel mengelakkan pencarum kehabisan sumber pendapatan dalam tempoh singkat sekiranya gagal mengurus kewangan mereka.

Sehingga Jun lalu KWSP membayar RM2.7 bilion kepada 62,270 pencarum yang membuat pengeluaran penuh sekali gus.

No comments: