Pelaksanaan projek empangan Hidroelektrik Murum berkuasa 944 megawatt yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013, diyakini tidak akan terjejas di sebalik keadaan ekonomi dunia tidak menentu pada masa sekarang.
Malah, kos pembinaannya yang pada asal dianggarkan RM3 bilion dijangka menurun sedikit, berikutan tempahan terhadap bahan binaan berkaitan terutama daripada Amerika Syarikat dan China semakin berkurangan, sekali gus membawa kepada penurunan harga bahan terbabit.
Sarawak Energy Berhad sudah memberikan kontrak bagi melaksanakan projek Murum pada asas siap bina kepada Yangtze Three Gorges Technology and Economy Development Co Ltd.
Pengarah Urusan Kumpulan Sarawak Energy Berhad, Tan Sri Abdul Aziz Husain, berkata ujian operasi bagi unit pertama stesen janakuasa Murun dengan kapasiti 230 megawatt akan dilakukan Disember ini, diikuti unit kedua dengan kapasiti 430 megawatt pada Februari tahun depan.
Katanya, keseluruhan projek stesen janakuasa itu dijangka akan beroperasi sebelum 2013, sekali gus akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat yang kini mencecah 800 megawatt.
"Saya tidak melihat krisis ekonomi yang melanda dunia akan menjejas projek Murum, apa lagi kita sudah menandatangani perjanjian dengan kontraktor terbabit. Sebaliknya kita menjangka kos pembinaannya akan menurun dan mungkin akan mempercepatkan pelaksanaan projek," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy Berhad di sini, semalam. Menteri Perancanghan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menjadi tetamu kehormat pada majlis itu.
Friday, October 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment