'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, October 28, 2008

24,531 pengundi baru berdaftar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 24,531 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 6,200 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih sedia berdaftar pada Julai hingga September lalu.

SPR dalam kenyataannya semalam berkata, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2008 itu akan dipamerkan mulai hari ini (28 Oktober) hingga 3 November di 985 tempat pameran terpilih seluruh negara termasuk Pejabat Pilihan Raya Negeri, pejabat pos, pejabat majlis daerah atau perbandaran serta kompleks penghulu.

Sehubungan itu, mana-mana warga negara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi dinasihat menyemak rang daftar pemilih itu.

Bagi warga negara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam rang daftar, mereka perlu membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan dikembalikan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh rang daftar dipamerkan.

Bagi pemilih berdaftar di bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama baru dalam rang daftar pemilih pula, boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C dan dikemukakan kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh itu.

SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih atas alasan meninggal dunia, lucut hak warga negara dan mereka yang bersara daripada angkatan tentera atau polis, yang bermakna hilang kelayakan sebagai pemilih melalui pos.

SPR memohon kerjasama waris pemilih berdaftar yang meninggal dunia supaya menghantar salinan sijil kematian atau permit menguburkan kepada mana-mana pejabat SPR.

Pemilih yang mahu membuat pembetulan ke atas kesilapan data direkodkan boleh menghantar pembetulan itu terus ke e-mel info@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui nombor 03-88856500; atau faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2008.

No comments: