HAKIM Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin Hong Chong, yang pernah mendedahkan bahawa hakim diugut pecat jika membuat keputusan tidak memihak kepada kerajaan, mengemukakan surat peletakan jawatan berkuat kuasa 1 Disember depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah, berkata Chin menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Julai lalu. Beliau kini bercuti sejak 21 Ogos lalu sehingga 30 November depan.
“Dalam hal ini tidak timbul lagi kenapa perlu kita siasat kes ini kerana dia (Chin) sudah meletak jawatan,” katanya menjawab soalan Chua Tian Chan (PKR-Batu) yang ingin tahu langkah kerajaan menyiasat isu-isu dibawa Chin pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Pada 11 Jun lalu, Chin ketika mendengar kes pertikaian terhadap keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu di Sarawak, berkata kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu persidangan hakim pada 1997 pernah mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan
Friday, October 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment