'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, July 12, 2009

Projek bina jambatan hubung Lawas - Ba'Kelalan dimulakan tempoh terdekat

Kerja-kerja pembinaan empat jambatan utama dan membaik pulih 11 lagi jambatan yang menghubungkan Lawas dan Ba'Kelalan akan dimulakan dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ramli berkata, komponen jambatan pasang siap itu sudah tiba di Kuching serta Kota Kinabalu dan hanya menunggu masa untuk dibawa ke Ba'Kelalan.

''Setakat ini kita masih menunggu peruntukan RM2.2 juta daripada kerajaan negeri untuk mendirikan pasak jambatan manakala kos selebihnya dibiayai Kerajaan Persekutuan," katanya kepada Mingguan Malaysia di Bilik Kenamaan, Lapangan Terbang Miri di sini petang semalam.

Khalid tiba di Miri selepas melakukan lawatan kerja ke Lawas, Bario dan Ba'Kelalan bagi meninjau projek menaiktaraf jalan dari di kawasan Ba'Kelalan dan potensi ekonomi di kawasan itu.

Beliau menambah, pembinaan empat jambatan utama itu meliputi kawasan Pa Pala, Pa Kumap, Pa Pareh dan Ba'Kelalan manakala 11 lagi di sepanjang jalan Lawas ke Ba'Kelalan.

''Kerja-kerja pemasangan empat jambatan ini akan dikendalikan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja, Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama penduduk kampung di kawasan terlibat," katanya.

Tambahnya, 11 lagi jambatan hanya memerlukan kerja-kerja baik pulih dan ganti semula dan ia akan dilaksanakan secara konsep bergotong royong oleh penduduk kampung dengan kerjasama kerajaan.

Rombongan lawatan itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan, Nelson Balang Rining serta Ketua Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja, Tentera Darat Malaysia, Brigadier Jeneral, Datuk Ir. Abdul Nasser Ahmad.

Hadir sama Pengarah Bahagian Khas, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusof dan Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Negeri Sarawak, Datuk Kamal Husin.

No comments: