'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, July 6, 2009

Sarawak: 675 penduduk miskin terima RM735,340

Sejumlah RM735,340 bantuan sudah diagihkan kepada 675 penduduk miskin dan miskin tegar di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sejak 2006, menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Datuk Bandar Kuching Utara, Mohamed Atei Abang Medaan, berkata bantuan yang disalurkan menerusi DBKU itu diterima daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ia katanya, bertujuan membantu golongan sasaran terutama bagi menangani masalah keciciran di kalangan anak-anak keluarga yang tidak berkemampuan.

"Setakat ini, jumlah keseluruhan peruntukan PPKB yang diluluskan untuk DBKU ialah RM987,634 dengan RM735,340 sudah diagihkan kepada 675 penerima. Bakinya akan diberikan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan DBKU," katanya selepas menyerahkan cek bantuan kepada dua penerima di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah agihan yang diberikan kepada penerima adalah berbeza mengikut kategori yang ditetapkan iaitu antara RM200 hingga RM2,000 setahun.

Mohamed Atei berkata, bantuan PPKB dapat mengurangkan masalah yang dihadapi penerima terutama bagi keluarga yang mempunyai jumlah tanggungan yang ramai serta mempunyai anak yang masih bersekolah,.

Katanya, bantuan sewa rumah adalah kategori bantuan yang paling banyak diluluskan iaitu RM420,814, diikuti bayaran kemasukan anak ke sekolah sebanyak RM194,100. Manakala, bantuan lain katanya, adalah bantuan peruntukan kos pengangkutan anak ke sekolah iaitu RM59,010, diikuti bantuan ehsan kepada keluarga miskin (RM42,000), bantuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (RM12,000), bantuan kos jagaan kanak-kanak (RM3,072) dan bakinya bayaran kos rawatan dialisis buah pinggang serta kos pengangkutan ibu ke tempat kerja.

Beliau berkata, bantuan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penerima terutama ketika berdepan masalah ketidaktentuan ekonomi pada masa sekarang.

"Ia juga membuktikan keprihatian kerajaan dalam menangani masalah rakyat dan ia diharap dapat menyelesaikan sebahagian masalah penduduk setempat.

"Kepada penduduk yang ingin memohon bantuan PPKB, mereka boleh datang terus ke kaunter temuduga PPKB yang terletak di Bahagian Perkhidmatan Komuniti, Pusat Galakan Perindustrian dan Pameran Sarawak (SIPEC) di sini," katanya.

No comments: