'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, July 14, 2009

Sarawak: Kampus Samarahan ll UiTM mula November

Pembinaan Kampus Samarahan II, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak yang mampu menempatkan sekurang-kurangnya 3,000 pelajar dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada November depan.

Pengarah UiTM Sarawak, Prof Madya Dr Jamil Hamali, berkata kampus baru berkenaan akan dibina di tapak seluas 400 hektar di Kampung Pinang, yang diberi Kerajaan Negeri kepada universiti itu.

"Pembinaan Kampus Samarahan II dijadual akan bermula pada November depan dengan kita telah memaklumkan Kerajaan Negeri mengenainya dengan fasa pertama pembinaan dijangka akan mengambil masa setahun.

"Kampus Samarahan II terletak di Kampung Pinang dengan ia hanya berhadapan dengan kampus tetap kita di Sarawak yang setakat ini sedang menampung lebih 5,000 pelajar," katanya kepada pemberita selepas Konvokesyen Pertama, Program Eksekutif Diploma Pengurusan di sini semalam.

Program yang dijalankan secara usaha sama dengan Malaysia Airport Holdings Berhad menyaksikan 30 graduan menerima diploma yang disampaikan Timbalan Naib Canselor (Jalinan Industri dan Masyarakat) UiTM, Prof Dr Mohamad Kamal Harun.

Difahamkan, konsep mesra alam akan digunakan dengan kawasan seluas 40 hektar akan digunakan bagi pembukaan ladang bagi kegunaan pelajar kursus berkaitan perladangan dan pertanian bersepadu.

Dr Jamil bagaimanapun tidak dapat menyatakan kos pembinaan kampus baru terbabit kerana ia dibangunkan mengikut kaedah Inisiatif Kewangan Swasta dengan pemaju akan membina kampus terbabit menggunakan sumber kewangan sendiri sebelum kerajaan membayarnya kembali.

"Kerajaan mahu memajukan industri pertanian di Sarawak dan disebabkan itu UiTM Sarawak dikhususkan bagi kursus berkaitan pertanian moden dan bersepadu malah kita berbangga kerana pelajar Diploma Pengurusan Tanaman sudah ramai ditempah majikan sebelum tamat pengajian lagi," katanya.

Selain itu kursus farmasi dan bioteknologi juga akan ditawarkan di kampus Samarahan II, kerana Kampus Samarahan I yang terletak di kawasan seluas 153 hektar terlalu padat bagi menambah kemudahan pembelajaran dan pertambahan bilangan pelajar.

Beliau berkata ketika ini terdapat 5,000 pelajar UiTM Sarawak di kampus Kota Samarahan dan Kampus Mukah yang menawarkan kursus pengajian perniagaan, kejuruteraan, perladangan serta mensasarkan jumlah itu akan bertambah kepada 8,000 hingga 10,000 dengan siapnya Kampus Samarahan II.

"Ini bagi membantu Kerajaan mengeluarkan graduan dan modal insan yang bersesuaian dengan keperluan di dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) selain industri sampingan seperti perbankan, perladangan dan farmasi," katanya.

Jamil berkata bagi tujuan itu, UiTM Sarawak kemungkinan akan mengurangkan pengambilan pelajar kursus perniagaan dan akan memperbanyakkan pelajar kursus berkaitan Score termasuk kursus farmasi yang akan dimulakan tidak lama lagi.

3 comments:

NIZA.Ati said...

Dgr kate dlu dah start bina, tahun 2006 time tu.. Hurm..baru nak bina rupanya.. Xslh, akan ditempatkan pelajar degree shj.. WaAllahulam
So, kelak ada 3 kampus la kat srwk ya

Anonymous said...

xda la . kmk diploma dekat cya tempat kmk kelak .p transit dolok dekat uitm lamak ya :)

Anonymous said...

ada nak kita transit ya, maksudnya kita diam nak tempat lamak dolok ya lah? bok pindah gik ke nak baru ya?