LANGKAH kerajaan mengembalikan tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuat kuasa serta-merta adalah satu langkah yang amat baik.
Malah, ada yang menyarankan tugas Jakim itu diperkukuh dengan kuasa penguatkuasaan dan perundangan.
Amat malang sekali, di masa negara mahu memperkasakan industri halal ke seluruh dunia dan mahu menjadikan Malaysia sebagai habnya, status halal di banyak tempat di dalam negara masih diragui.
Wartawan Awang, Sarah Nadlin Rohim kelmarin menulis mengenai isu itu dengan mempersoalkan setakat ini, tiada peraturan mandatori yang meminta mana-mana pihak mendapatkan status halal kerana tindakan itu masih bersifat sukarela.
Oleh sebab itulah, sehingga 30 Jun tahun ini, cuma ada 170 atau 8.5 peratus sahaja daripada kira-kira 2,000 hotel di Malaysia, mendapat persijilan halal bagi urusan operasi dapurnya.
Ini bermakna, menurut penulis itu kebarangkalian para pengunjung beragama Islam menikmati makanan yang diragui status halal di hotel-hotel adalah besar.
Oleh itu, kita berharap Jakim yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan berkesan, proaktif dan mesra pengguna.
Friday, July 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment