'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, February 11, 2008

13 perjanjian majukan koridor Sarawak

Tiga belas memorandum persefahaman (MoU) bernilai berbilion-bilion ringgit akan ditandatangani pada majlis pelancaran Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), esok.

Upacara menandatangani MoU dan bertukar dokumen MoU akan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebelum itu, Perdana Menteri akan melancarkan Score - koridor kelima, yang juga terakhir dilaksanakan di negara ini ke arah membawa pembangunan seimbang di seluruh negara.

Empat koridor yang dilancarkan sebelum ini ialah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor; Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER); Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Menurut sumber, 13 MoU yang dijadual ditandatangani esok ialah antara;

Kumpulan Sarawak Energy Berhad; Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) dengan Rio Tinto Aluminium Limited bagi Sarawak Energy Berhad untuk membekalkan tenaga di antara 900 megawat sehingga 1,200 megawat kepada kilang peleburan alumunium yang akan dibina di Similajau, Bintulu.

Kumpulan Sarawak Energy Berhad dengan Press Metal Berhad bagi Sarawak Energy Berhad membekalkan tenaga tambahan sebanyak 510 megawat kepada kilang peleburan alumuminium yang akan dibina di Mukah menjelang 2010.

Kumpulan Sarawak Energy Berhad dengan Kumpulan Sime Darby Berhad bagi kedua-dua pihak melaksanakan projek loji penyaluran tenaga termasuklah pembinaan dua kabel dasar laut untuk menghubungi projek Hidro Bakun dengan Semenanjung.

Sarawak Energy Berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mewujudkan komitmen dan persefahaman di antara TNB dan Sarawak Energy Berhad bagi menyediakan struktur dan asas kerjasama.

Kumpulan Carbon Corporation Sdn Bhd dan Japan Carbon Company Limited untuk bersama-sama melabur dan membangunkan projek tenaga dan sumber bio-fuel diperbaharui di Koridor Sarawak.

Konsortium Galdasar Sdn Bhd (Malaysia) dan Yuh Yow Fishery Company Limited bagi menubuhkan syarikat usaha sama untuk menjalankan perniagaan dalam industri perikanan dan akuakultur.

Konsortium Galdasar Sdn Bhd (Malaysia) dan Shei Chui Oceanic Enterprise Company Limited bagi menubuhkan syarikat usaha sama bagi membangun dan menyelenggara limbungan kapal.
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Asia ZincOX Resources Plc United, bagi menubuhkan persefahaman di antara ZincOX dan BDA untuk membina Kilang Penapisan Zinc Electro di Bintulu.

Kumpulan Sarawak Energy Berhad; RHB Islamic Bank Berhad; Unicorn International Islamic Bank Malaysia Berhad dan Kuwait Finance House Malaysia Berhad bagi membangunkan penjanaan dan penyaluran tenaga di Sarawak.

Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad; Rio Tinto Aluminium dan International College of Advanced Technology Sarawak (ICATS) bagi menyediakan latihan kepada kakitangan teknikal Syarikat Aluminium Sarawak (Salco).

Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad dan Rio Tinto Aluminium Limited bagi Aluminium Pechiney menyediakan teknologi kepada Syarikat Aluminium Sarawak (Salco).

Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad dan MMC Corporation Bhd untuk membangunkan kluster bersepadu keluli di Sarawak.

Acacia Cellulose International Sdn Bhd (Acacell) dan Sarawak Planted Forest Sdn Bhd (SPF) untuk menyediakan 1.6 juta ADT kayu palpa kepada Acacell setiap tahun.Sementara itu,

Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Mohidin Ishak, berkata pihaknya akan menandatangani satu MoU dengan pihak dari barat untuk membangunkan industri berat di sini membabitkan pelaburan berbilion ringgit.

"Beberapa industri dari Korea, Taiwan dan barat juga telah menunjukkan minat membuka industri berat di Similajau, Bintulu. BDA gembira kerana turut terbabit dalam pelaburan besar ini dan mengalu-alukan kedatangan pelabur ke Score khususnya ke Bintulu," katanya.

No comments: