'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, February 7, 2008

RM2.4b peruntukan projek luar bandar

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membelanjakan peruntukan baru sebanyak RM2.4 bilion untuk pelbagai projek pembangunan luar bandar sepanjang tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Abdul Aziz Samsudin, berkata peruntukan itu sebahagian daripada RM11 bilion yang diluluskan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi penyediaan pelbagai kemudahan asas untuk penduduk di kawasan luar bandar.

Katanya, antara projek pembangunan tahun ini ialah pembinaan jalan, kemudahan bekalan elektrik dan air bersih, pembinaan rumah untuk golongan miskin tegar, penyediaan makanan seimbang bagi penduduk dan pelaksanaan projek penanaman semula getah dan kelapa sawit di kawasan luar bandar.

"Tahun lalu, kementerian membelanjakan hampir semua peruntukan pembangunan dengan pencapaian 93.6 peratus daripada RM2.5 bilion yang diperuntukkan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baru 2008 dan merasmikan Pejabat Khidmat Pelanggan kementeriannya, di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, pelaksanaan wilayah pembangunan ekonomi turut membantu gerakan membasmi kemiskinan tegar di luar bandar dan kementerian sudah mengenal pasti beberapa tanah dalam koridor pembangunan itu untuk dibangunkan bagi pertanian, khususnya tanaman kelapa sawit dan getah.

Katanya, tanah berkenaan ialah di Setiu, Terengganu dan Pelangai di Bentong, Pahang bagi Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Pantai Timur (ECER), manakala Selama di Perak bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

"Kira-kira 400 golongan miskin tegar dijangka ditempatkan di kawasan yang mempunyai keluasan antara 1,000 hingga 3,000 hektar bagi membangunkan tanah berkenaan," katanya.

Sebelum ini, kawasan seluas 4,500 hektar di Pulau Banggi, Sabah, dan 223 hektar di Gahai, Pahang, dikenal pasti untuk pembangunan sama menerusi Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB). Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Aziz berkata, beliau menyerahkannya kepada kepimpinan parti untuk menentukan.

Ditanya mengenai kesihatannya, Abdul Aziz secara berseloroh berkata: "Berjalan 10 kilometer pun boleh lagi."

No comments: