'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, February 20, 2008

Kewibawaan Taib bawa pembangunan dipuji

Penduduk Kota Samarahan berharap Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, terus kekal dicalonkan bertanding di kawasan Parlimen berkenaan kerana mereka berkeyakinan penuh dengan kemampuan Taib membawa pembangunan lebih pesat ke kawasan itu.

Rata-rata penduduk yang ditemui juga berkata, sejak menjadi wakil rakyat kawasan itu, Taib telah banyak membawa pembangunan ke situ sehingga Kota Samarahan yang satu ketika dulu hanya sebuah perkampungan nelayan yang terpencil, kini membangun dengan begitu pesat sekali serta muncul sebagai pusat pendidikan dengan pembukaan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan berkenaan.

Mohammad Syamaizar Abdul Rahman, 30, seorang pengusaha kedai makanan dan ternakan kambing berkata, terlalu banyak perubahan yang telah dibawa oleh Taib selaku wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan itu, sehingga taraf sosio ekonomi penduduk meningkat berlipat kali ganda.

"Kalau satu ketika dahulu kebanyakan penduduk di sini hanya bekerja sebagai petani dan nelayan, sekarang ramai yang sudah memegang jawatan penting di jabatan kerajaan dan swasta," katanya. Taib pertama kali menjadi Ahli Parlimen Samarahan apabila memenangi kerusi itu di bawah tiket Perikatan pada 1969, dan berjaya mempertahankan kerusi sama di bawah tiket Barisan Nasional (BN) mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya Parlimen 1974 dan 1978. Taib berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Samarahan pada 1982, 1986, 1990; 1999 dan 2004. Pada 1981, Taib turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebandi bagi membolehkannya kembali ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri Sarawak, menggantikan Tun Abdul Rahman Yaakub. Beliau juga mempertahankan kerusi DUN Sebandi pada 1983, 1987; kerusi DUN Asajaya (1991, 1996); DUN Balingian (2001 dan 2006).

Seorang penjawat awam, Robin Philip, 54, pula berkata, Taib adalah seorang wakil rakyat yang berwawasan dan kejayaannya mengubah Kota Samarahan sehingga menjadi seperti sekarang, adalah bukti kecemerlangan rekod wakil rakyat dari BN.

"Taraf hidup kami sudah jauh berubah di bawah kerajaan BN dengan Taib menjadi wakil rakyat. Banyak sekolah, pusat pendidikan, jabatan kerajaan dan swasta serta pelbagai lagi kemudahan sudah dibina. Kami mahu supaya Ketua Menteri kekal mewakili kami di Samarahan," katanya.

Shahrizal Hashim, 30, seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, banyak peluang pekerjaan berjaya diwujudkan hasil daripada pembangunan pesat di kawasan ini, termasuk dengan pembukaan Unimas, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Maktab Perguruan Tun Abdul Razak dan Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan serta tiga cawangan Pusat Giat Mara.

Sementara itu, Alifah Adrian, 30, berkata, beliau dan suaminya yang berasal dari Semenanjung membuat keputusan untuk terus menetap di sini dan sudah pun membeli sebuah rumah kerana merasakan Kota Samarahan adalah tempat paling selesa untuk didiami, selain tarikan arus pembangunan pesat yang berlaku di sini.

No comments: