'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, February 27, 2008

SCORE perkasa ekonomi rakyat

Pelancaran Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) dalam perancangan pembangunan koridor wilayah Sarawak membuktikan kerajaan komited memperkasa ekonomi rakyat negeri ini.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Dato Sri Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembangunan wilayah tengah Sarawak memberi penekanan dan tumpuan kepada industri berasaskan sumber.

Ini bermakna, katanya, keperluan tenaga kerja juga akan bertambah dan peluang-peluang pekerjaan terbuka bagi memenuhi keperluan pekerjaan di koridor berkenaan.

“Justeru kita memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi, terutama dalam industri-industri berasaskan sumber dan teknologi tinggi, ” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pendidikan Sarawak di Dewan Suarah Negeri, Kuching, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman. Hadir sama ialah Pengerusi Yayasan Sarawak Dato Sri Adenan Satem dan Pengarah Yayasan Sarawak Abu Bakar Marzuki.

Awang Tengah menegaskan, rakyat sudah pasti dapat menyumbang ke arah pembangunan yang lebih efektif sekiranya ramai modal insan mampu dilahirkan.

Beliau berkata, kejayaan negara sememangnya terletak kepada pembangunan sumber manusia yang bermahiran dan berpengetahuan tinggi.

“Dengan komitmen padu dibuktikan rakyat, saya penuh yakin kita dapat mencapai misi meletakkan Sarawak sebagai negeri paling maju di negara ini, ” ujarnya.

Awang Tengah menarik perhatian, Sarawak juga memerlukan tenaga separa mahir justeru penekanan diberikan kepada aspek latihan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Beliau menjelaskan, kegagalan melahirkan tenaga mahir dan berpengetahuan tinggi akan memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi negeri.

Menurut Awang Tengah, permintaan tinggi dalam sektor pendidikan menyebabkan kerajaan membuka ruang dan memberi peluang penubuhan institusi pengajian luar (swasta) menawarkan pelbagai program di negeri ini.

Justeru, kita berharap penglibatan institusi luar akan mampu membantu melahirkan ramai tenaga kerja tempatan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

No comments: