Kepesatan pembangunan di negeri ini sejak sekian lama membuktikan kerajaan telah melakukan pelbagai pengorbanan dan jasa kepada rakyat secara keseluruhan termasuk menangani isu kenaikan harga barang yang sengaja ditimbulkan oleh parti pembangkang pada pilihan raya ini.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak kerajaan diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah, pelbagai kemudahan dan pengorbanan telah dilakukan untuk memberi keselesaan dan meringankan beban mereka.
Jelasnya peruntukan berjumlah RM43 bilion setahun sebagai subsidi harga barang adalah untuk meringakan beban rakyat selain menepis pelbagai tuduhan negatif yang dilontarkan oleh parti pembangkang yang sengaja mencari pasal dengan menggugat kerajaan sedia ada.
“Harga barang seperti petrol, minyak masak dan tepung masih rendah berbanding di negara iain. Rakyat di Malaysia masih berada dalam ke-adaan yang selesa berbanding dengan rakyat negara lain yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak tinggi untuk tujuan itu.
“Rakyat di sini hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1.92 sen bagi seliter petrol berbanding RM2.69 di Filipina dan RM2.49 di Thailand.
“Jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding dua kali ganda perbelanjaan yang dikeluarkan oleh penduduk di Singapura dan Indonesia,” katanya semasa upacara mula kerja pembinaan masjid baru di tapak Bandar Baru Limbang dekat sini pagi ini.
Hadir sama isteri beliau, Datuk Amar Puan Sri Laila Taib, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Ke-dua dan Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datin Sri Mordiah Datuk Awang Daud, Datuk Raziah Mahmud, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Residen Limbang Maria Hasman.
Taib menambah harga minyak masak sekilogram di Malaysia juga masih berada pada tahap rendah iaitu RM3.30 berbanding RM3.60 di Indonesia, RM4.67 di Thailand, RM4.70 di Filipina dan RM6.50 di Singapura.
“Dulu kita tidak berbelanja banyak memandangkan tidak semua orang mampu membeli motosikal dan kereta tetapi kini perbelanjaan membeli petrol merupakan antara senarai perbelanjaan wajib menyebabkan beban perbelanjaaan juga semakin meningkat.
“Menyedari kesusahan rakyat, kerajaan juga meningkatkan gaji kakitangan yang berpendapatan rendah untuk meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau berkata kerajaan sentiasa fokus dan menumpukan perancangan dan program pembangunan daripada membuang masa bercakap isu remeh yang sering dilaungkan oleh pembangkang.
Jelasnya kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi banyak memperjuangkan nasib rak-yat tanpa meminggirkan ma-syarakat di kawasan luar bandar.
“Projek kemudahan bekalan elektrik 24 jam yang bernilai lebih RM1 bilion di kawasan luar bandar di negeri ini dimulakan oleh Perdana Menteri untuk memberi galakan kepada guru berkhidmat di sekolah luar bandar dengan menyediakan lebih banyak komputer.
“Selain itu kerajaan juga membelanjakan subsidi ra-watan dan perubatan berjumlah RM25 juta setiap tahun bagi meringankan beban rakyat,” katanya.
Taib berkata keselesaan rakyat bukan bergantung kepada pemberian subsidi semata-mata tetapi pembangunan yang dilaksanakan kerajaan yang mampu menambah pendapatan rakyat.
“Justeru rakyat perlu berdiri teguh bersama pihak kerajaan dalam merealisasikan pembangunan dan kemajuan yang lebih mantap di negeri ini,” jelasnya.
Wednesday, February 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment