'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, February 21, 2008

Perpaduan asas kemajuan negara

Perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini merupakan salah satu asas penting yang telah membawa negara ke tahap maju, progresif dan aman damai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dan Lingga di Dewan Suarah Sri Aman di sini malam Selasa lepas.

“Cuba kita sama-sama bayangkan apa akan terjadi jika kita tidak sehaluan dalam semua perkara. Sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara dan apabila keadaan tidak stabil, maka pihak kerajaan agak sukar untuk mengawal keadaan ini dan akhirnya negara kita akan menjadi lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan.

“Oleh itu, kita percaya bahawa semua masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa mementingkan perpaduan bukan sahaja dengan kaum sendiri malah dengan kaum-kaum lain,” ujarnya.

Beliau yang juga Presiden SUPP berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Senator Datuk Sim Kheng Hui di sini malam Selasa lepas.

Katanya lagi, selain perpaduan perkara lain yang sentiasa ditekankan dalam masyarakat hari ini ialah bekerjasama, tolong-menolong dan hubungan antara etnik perlulah dikukuhkan.

“Ini juga salah satu perkara penting yang harus kita miliki kerana tanpa sikap bekerjasama, tolong-menolong dengan kaum-kaum lain sukar untuk kita semua terus maju ke hadapan.

“Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang sesuatu kaum sahaja untuk mengamalkan sikap tolong-menolong serta bekerjasama malah kita harus mengamalkan sikap sedemikian bersama-sama dengan kaum lain walaupun berbeza agama dan kaum,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para pengundi di kawasan Parlimen Sri Aman agar terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihan raya parlimen ini.

“Kita menyeru para pengundi di kawasan ini agar terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana hanya BN sahaja yang mampu membawa perubahan kepada pembangunan di negeri kita.

“Anda semua seharusnya menolak parti pembangkang, kerana mereka ini hanya pandai bermain dengan kata-kata tetapi tidak mampu membangunkan rakyat dan mereka ini hanya muncul setiap kali menjelang pilihan dan sekiranya tiada pilihan raya mereka ini akan hilang begitu sahaja,” tegasnya.

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, Dr Chan berkata, masyarakat Cina harus menggunakan peluang musim perayaan seperti ini sebagai satu landasan untuk terus maju bersama masyarakat lain.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simanggang selaku Pengerusi SUPP Cawangan Simanggang Francis Harden Hollis, Pengerusi SUPP Cawangan Lingga Kuek Aik Seng, Temenggong Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng dan ahli-ahli SUPP yang lain.

No comments: