'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, February 11, 2008

Score bantu kurangkan kemiskinan, tingkat agihan pendapatan

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) akan membantu me-ngurangkan kemiskinan dan meningkatkan agihan pendapatan dalam kalangan rakyat di negeri ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata projek itu akan menambah nilai kepada industri sedia ada, menumpukan pada pem- bangunan industri berasas-kan sumber dan memberi penekanan kepada penyeli-dikan dan pembangunan keupayaan.

“Akhirnya, ini akan me-nyumbang kepada memper-kukuhkan dan memperluas-kan ekonomi Sarawak secara menyeluruh,” katanya dalam perutusan dalam buku pe-rancangan pembangunan Score. Abdullah melancarkan Score hari ini.

Perdana Menteri berkata koridor itu akan menumpukan pada penggunaan optimum sumber tenaga asli me-nerusi pembangunan industri berintensifkan tenaga.

“Ini akan dicapai menerusi penyertaan lebih ramai pelabur tempatan dan asing. Kemapanan alam sekitar akan diselenggara sepanjang program pembangunan ini, di mana penggunaan tanah dan sumber lain akan dirancang, dikawal dan diurus dengan rapi,” katanya.

Abdullah berkata koridor itu yang disokong dengan pengurusan ekonomi yang baik dan juga sokongan padu kerajaan, mempunyai potensi untuk muncul sebagai lokasi pelaburan pilihan bagi industri berasaskan sumber dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.

Sepertimana pelan koridor ekonomi wilayah yang lain, beliau berkata, Pelan Pembangunan Koridor Sarawak telah direka supaya seimbang, realistik dan mencapai kejayaan.
“Ia juga digariskan meng-ikut teras utama Misi Negara, Rancangan Malaysia Kesembilan dan Pelan Induk Perindustrian Ketiga,” katanya.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata Score adalah inisiatif untuk membangunkan kawasan tengah negeri itu dan akhir-nya menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju selaras dengan dasar dan misi negara menuju 2020 dan selepasnya.

–Bernama

No comments: