'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, February 25, 2008

Lapan menang tanpa bertanding

Empat di S’wak, dua Sabah, dua di Johor dan Selangor, petanda awal akan peroleh mandat: PM

Barisan Nasional (BN) mendahului parti-parti lain dalam Pilihan Raya Umum kali ini apabila memenangi empat daripada 31 kerusi parlimen yang dipertandingkan di negeri ini selepas proses penamaan calon selesai, semalam.

Parlimen terbabit terdiri daripada Tanjung Manis menerusi Norah Abdul Rahman daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Kanowit Aaron Ago Dagang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Selangau Joseph Entulu Belaun (PRS) dan Kapit Alexander Nanta Linggi (PRS).

Bagi Norah, kemenangan itu pasti memberi kenangan manis kepada dirinya memandangkan beliau merupakan muka baru yang diberi kepercayaan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Kemenangan kali ini merupakan kedua kali bagi Alexander selepas menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Umum 2004.

Kemenangan tanpa bertanding di empat kerusi itu disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Takun Sunggah.

Sementara di peringkat pusat, BN turut memenangi empat lagi kerusi dua masing-masingnya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi itu ialah Parlimen Kalabakan (Sabah) oleh Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN) dan Parlimen Pengerang (Johor) oleh Datuk Seri Azalina Othman (BN), DUN Bugaya di Sabah oleh Datuk Ramlee Marahaban (BN) dan DUN Sementa (Selangor) oleh Datuk Abdul Rahman Palil (BN).
Pada pilihan raya kali ini, BN meletakkan calonnya di semua kerusi di Sarawak.

Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 12 kerusi, Parti Tindakan Demokratik (DAP) di tujuh kerusi, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di tiga kerusi, Parti Islam SeMalaysia (PAS) di satu kerusi, dan calon Bebas seramai 13 orang bertanding di sembilan kerusi.
PKR bertanding di Santubong, Petra Jaya, Stampin, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Saratok, Julau, Sibu, Sibuti, Limbang dan Lawas.

DAP mempertaruhkan calon di Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu, Bintulu dan Miri. Manakala, PAS hanya bertanding di Batang Lupar.

SNAP pula meletakkan calon di Mas Gading, Serian dan Betong. Bagi calon Bebas, mereka akan bertanding di Mas Gading, Kota Samarahan, Batang Lupar, Lubok Antu, Igan, Sarikei, Mukah, Hulu Rajang dan Baram.

Dua calon Bebas bertanding di Mas Gading, manakala di Sarikei tiga calon bebas menentang BN dan DAP.

Pilihan Raya Umum kali ini turut menyaksikan pertandingan lima penjuru di Sarikei antara calon BN, Ding Kuong Hiing menentang tiga calon Bebas - Lau Kieng Chai, Kung Chin Chin dan Ngu Tieng Hai - dan calon DAP Wong Hua Seh.

Pertandingan empat penjuru di Mas Gading melibatkan calon BN, Datuk Dr Tiki Lafe ditentang dua calon Bebas - Favian Tisen dan Apin Baeng serta calon SNAP Dr Patau Rubis.
Manakala pertandingan tiga penjuru direkodkan di Stampin, Kota Samarahan, Batang Lupar dan Sibu.

Di Stampin, calon BN Dato Yong Khoon Seng ditentang calon PKR See Chee How dan DAP Voon Lee Shan.

Di Kota Samarahan calon BN Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib ditentang oleh calon PKR, Hussain Abang Apok dan calon Bebas, Awang Bakar Awang Daud.

Di Batang Lupar, calon BN Datuk Rohani Karim berhadapan calon PAS Abang Eddy Allyani dan Bebas, Ali Semsu.

Di Sibu calon BN Datuk Robert Lau ditentang calon PKR Robert Lim dan DAP Wong Ho Leng.

Tiga puluh satu pusat penamaan calon di Sarawak dibuka antara jam 9 pagi hingga 10 pagi dan dibuka untuk bantahan bagi tempoh sejam kemudian.

No comments: