15 Nov. - Sarawak berharap mendapat peruntukan berterusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi melaksanakan kempen pembersihan sungai di seluruh negeri.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berkata, tahun ini kementerian itu memperuntukan RM30,000 untuk Parlimen Miri dan Sibuti.
''"Kita berharap peruntukan ini akan terus disalurkan untuk memastikan sungai di negeri ini khususnya Miri terus dipelihara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Pemandu Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Kempen Pembersihan Sungai Miri, Kitar Semula dan pembersihan Awam di tebingan Sungai Miri, Kampung Pengkalan Lutong, semalam.
Fah Kui berkata, peruntukan itu antara lain digunakan untuk membersihkan Sungai Miri yang telah dihentikan sejak beberapa tahun lalu.
Beliau mengingatkan semua lapisan masyarakat agar memainkan peranan dalam memastikan sumber air bersih terus dipelihara sejajar dengan usaha mengurangkan kos rawatan.
''Tidak kisahlah sama ada anda di bandar raya, kawasan ulu atau pedalaman yang menggunakan telaga air, menjaga kebersihan sumber air adalah tanggungjawab bersama.
''Sekiranya sumber air kotor, kos rawatan air untuk kegunaan manusia meningkat. Apabila ini berlaku, kos akan dibebankan kepada pelanggan," katanya.
Chin dalam ucapannya menyeru semua pihak bekerjasama dan menggemblengkan tenaga dalam memelihara sumber air.
''Selain itu, kesedaran di kalangan generasi muda amat penting bagi meningkatkan minat mereka untuk memastikan alam sekitar dan sumber air dijaga dengan baik.
''Pendedahan tentang cara kualiti air dipantau amat berguna bagi membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab umum tentang pentingnya sumber air dijaga oleh semua peringkat umut," jelasnya.
Pada majlis sama, Fah Kui turut menyampaikan peruntukan berjumlah RM15,000 kepada Rakan Alam Sekitar dari 12 sekolah rendah dan menengah di sekitar Miri.
Monday, November 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment