'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, November 26, 2009

Pelacur asing menjadi-jadi


POLIS menahan sebahagian wanita warga China yang menjadi pelacur dan GRO di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.


Wanita warga China paling ramai ditahan terbabit maksiat

Kebanjiran wanita warga China untuk bekerja di premis hiburan di sekitar bandar raya ini semakin menjadi-jadi, sekali gus menyumbang kepada kegiatan maksiat khususnya kegiatan pelacuran dan pelayan pelanggan (GRO).

Saban hari dan minggu ada saja wanita warga China yang berusia 20-an hingga 30-an ditahan dalam operasi pihak berkuasa - polis, Jabatan Imigresen.


Mereka dicekup kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran, menjadi GRO serta bekerja di rumah urut berlesen dan haram, sedangkan tidak memiliki permit kerja yang sah.

Kebanyakan mereka memasuki negara ini menggunakan pas pelawat serta pelajar tetapi disalahgunakan untuk bekerja secara haram di premis berkenaan, dipercayai selepas terperangkap dengan janji manis sindiket yang memperdagangkan tubuh wanita warga asing.

Setakat ini, belum dapat dipastikan kenapa ramai wanita warga China terjebak dalam kegiatan maksiat di pusat hiburan dan pusat urut atau keistimewaan mereka sehingga mendapat sambutan ramai pelanggan, tetapi yang pasti mereka lebih ramai berbanding wanita lain.

Di Pulau Pinang minggu lalu, 55 wanita warga China diberkas polis kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran dan juga menjadi GRO di sekitar bandar ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 77 wanita warga asing yang diberkas dalam serbuan oleh Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Warga lain yang ditahan termasuk Indonesia seramai tujuh orang, Thailand (sembilan), Vietnam (enam) dan Filipina (tiga).

Kira-kira 70 peratus daripada wanita yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan haram itu adalah warga China. Turut ditahan empat lelaki tempatan yang disyaki pelindung kepada wanita itu.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 56 (i)(d) Akta Imigresen 1959/ 1963 dan Seksyen 39 (b) akta yang sama.

Operasi berterusan perlu dipertingkatkan di pusat hiburan sama ada yang berlesen mahupun premis haram, bagi membendung kes jenayah seperti pergaduhan dan rusuhan.

No comments: