'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, November 17, 2009

Sarawak: Lebih banyak jalan raya dibina di pedalaman

Peruntukan tambahan berjumlah RM4 billion daripada Kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak akan digunakan bagi membina jaringan jalan raya sepanjang 1,500 kilometer selain dari projek infrastruktur yang lain.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, berkata dua negeri itu masing-masing menerima RM2 billion menerusi peruntukan tambahan luar bandar bagi membina sistem jalan raya terutama di pedalaman.

"Ia akan digunakan bagi membangunkan infrastruktur lain dengan keutamaan akan diberi untuk skim bekalan elektrik luar bandar dan air bersih.
"Banyak projek akan dijalankan menggunakan peruntukan tambahan berkenaan dan kebanyakannya bagi membangunkan kemudahan asas di luar bandar dan pedalaman," katanya selepas merasmikan Expo Automotif Sarawak di Pusat Pameran Permata, Bukit Mata, di sini semalam.

Khoon Seng berkata, daripada 1,500 kilometer jalan raya yang akan dibina, Sarawak akan menerima jaringan jalan raya antara 700 hingga 800 kilometer yang kebanyakannya di tengah dan utara negeri ini.

"Kita mahu mempertingkatkan lagi jaringan jalan raya di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai masalah perhubungan darat berbanding Semenanjung," katanya.

Mengulas mengenai kesesakkan lalu lintas di bandar dengan pertambahan kenderaan, beliau berkata, usaha sedang dijalankan bagi melebarkan lagi jalan raya sedia ada, selain pembinaan jalan alternatif baru.

"Walaupun ada kawasan bandar sesak, jalan raya utama yang menghubungkan antara bandar sedia ada serta Lebuhraya Pan Borneo masih mampu menampung peningkatan jumlah kenderaan.

"Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya akan memantau keperluan semasa dan mempertingkatkan kemudahan laluan demi kepentingan orang ramai dan pengguna di negeri ini," katanya.

Sementara itu, ketika melancarkan Expo Automotif Sarawak itu, Khoon Seng meminta golongan muda yang mempunyai minat dalam bidang mekanikal dan automotif mendalami ilmu itu dengan menyertai pelbagai program dan kursus yang ada.

"Pertambahan kenderaan di jalan raya menjamin peluang kepada mereka yang memiliki kepakaran dan kemahiran bidang automotif terutama membaikpulih kenderaan.

"Permintaan terhadap mereka yang memiliki kemahiran dalam bidang ini sentiasa ada dengan mereka boleh bekerja di mana saja di negara ini," katanya.

Expo tiga hari berkenaan menghimpunkan syarikat motosikal, pembekal aksesori kenderaan, syarikat alat ganti dan pelbagai kelengkapan serta kemudahan industri automotif dari seluruh negara.

No comments: