'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, November 8, 2009

Orang Sabah, Sarawak perlu diberi peluang

7 Nov. - Kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak perlu diberi peluang dan kepercayaan untuk memegang jawatan tinggi dalam agensi atau jabatan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan mereka memberi sumbangan lebih berkesan kepada negara.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, penyertaan kakitangan awam dari dua negeri itu amat sedikit sedangkan mereka mampu memainkan peranan yang besar.

"Pelantikan ini amat penting bagi memastikan input dan sumbangan idea dari Sabah dan Sarawak terutamanya berkaitan program pembangunan dapat disesuaikan mengikut keperluan kedua-dua negeri berkenaan.

"Saya mohon Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Pembangunan Sabah dan Sarawak dapat meneliti dan memberi perhatian serius terhadap perkara ini," katanya ketika berucap pada Kongres PBS ke-24 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di sini malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet negeri dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya, penjawat awam dari Sabah dan Sarawak perlu ditempatkan dalam kementerian atau jabatan penting seperti kewangan, pelajaran dan di Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Menyentuh isu kemudahan asas di negeri ini, Pairin berharap kerajaan akan memberi peruntukan lebih kepada Sabah dan Sarawak melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, keadaan dan keperluan kemudahan asas di dua negeri tersebut amat mendesak berbanding negeri lain.

Beliau juga berharap jurang pendidikan antara Semenanjung dan dua negeri itu dapat dikurangkan melalui peruntukan RM1.6 bilion dalam Bajet 2010 seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Pairin menambah, masih banyak lagi sekolah di Sabah termasuk sekolah aliran Cina dan mubaligh yang memerlukan bantuan.

"Kita mahu melihat semua rakyat Malaysia menerima layanan sama rata, diberi kemudahan pendidikan yang sama seperti di negeri lain supaya satu hari nanti kita boleh tersenyum dan merasai kesaksamaan itu ibarat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi," katanya.

Utusan 8/11/09

No comments: