Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.
Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.
“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.
“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.
Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.
Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran khas RM500 untuk kakitangan awam kumpulan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib. Ia susulan bayaran sama bagi kakitangan sokongan sebelum Aidilfitri lalu.
Berita Harian Online 5/11/09
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
apa salahnya pm potong sket dari pruntkan broadband tu..tau depan top up balik..lagi pun bukan sume dpt maafaat langsung daripada tu...
Post a Comment