SEJUMLAH 2.5 juta pelancong melawat Sarawak dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat 16.1 peratus berbanding 2.1 juta bagi tempoh sama tahun lalu dengan menyaksikan kemasukan tertinggi pelancong dari India. Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan, Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata peningkatan jumlah pelancong ke Sarawak disebabkan promosi berterusan agensi kerajaan berkaitan selain peningkatan jumlah penerbangan ke negeri ini. "Pelancong domestik dari Semenanjung dan Sabah meningkat sebanyak 33.09 peratus atau 897,017 berbanding cuma 674,003 tahun lalu dan jumlah berkenaan akan terus meningkat sebelum akhir tahun ini.
"Peningkatan jumlah penerbangan dari Semenanjung dan Sabah terus ke Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu banyak membantu sektor pelancongan yang memerlukan sokongan dari syarikat pengangkutan bagi membawa pelancong datang," katanya. Katanya, pelancong dari lima negara yang kerap memasuki Sarawak adalah Brunei (1 juta), Indonesia (299,028), Filipina (64,393), India (29,058) dan Singapura (28,448). "Berlaku juga peningkatan bagi pelancong dari Thailand sebanyak 33.89 peratus dan Amerika Syarikat 33.34 peratus selain dari United Kingdom dan Eropah pada kadar sekitar 20 peratus," katanya.
Berita Harian 28 November 2007
Wednesday, November 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment