'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, November 22, 2007

11. AirAsia mungkin kenakan bayaran bagasi

AirAsia Bhd. mungkin memulakan caj ke atas bagasi penumpang sebagai salah satu langkah untuk menampung harga minyak yang tinggi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Tony Fernandes.
“Adalah tidak adil untuk mengenakan surcaj bahan bakar kepada seseorang yang tidak membawa beg berbanding kepada mereka yang membawa enam bagasi.
“Lagi berat pesawat lagi banyak bahan bakar yang dibakar,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani program latihan kejuruteraan dengan Aviation Australia, di sini hari ini.
Fernandes berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah lindung nilai syarikat terhadap bahan bakar dalam menghadapi kenaikan harga minyak.
Beliau berkata, lindung nilai tidak relevan kerana ia lebih berjangka pendek dan harga minyak sekarang bukan harga yang sebenar kerana ia tidak berasaskan kepada fundamental.
“Sekarang, saya sudah banyak kurangkan lindung nilai tetapi kami lebih banyak meraih keuntungan berbanding sebelumnya.
“Seseorang itu mestilah mengukuhkan perniagaan yang mampan walau berapa banyak kos minyak. Ia bermakna kita perlukan laluan, maknanya juga kita perlukan Singapura,” kata beliau.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga perlu mencari jalan untuk mengurangkan kosnya.
SEPANG 21 Nov. – AirAsia Bhd. mungkin memulakan caj ke atas bagasi penumpang sebagai salah satu langkah untuk menampung harga minyak yang tinggi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Tony Fernandes.
“Adalah tidak adil untuk mengenakan surcaj bahan bakar kepada seseorang yang tidak membawa beg berbanding kepada mereka yang membawa enam bagasi.
“Lagi berat pesawat lagi banyak bahan bakar yang dibakar,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani program latihan kejuruteraan dengan Aviation Australia, di sini hari ini.
Fernandes berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah lindung nilai syarikat terhadap bahan bakar dalam menghadapi kenaikan harga minyak.
Beliau berkata, lindung nilai tidak relevan kerana ia lebih berjangka pendek dan harga minyak sekarang bukan harga yang sebenar kerana ia tidak berasaskan kepada fundamental.
“Sekarang, saya sudah banyak kurangkan lindung nilai tetapi kami lebih banyak meraih keuntungan berbanding sebelumnya.
“Seseorang itu mestilah mengukuhkan perniagaan yang mampan walau berapa banyak kos minyak. Ia bermakna kita perlukan laluan, maknanya juga kita perlukan Singapura,” kata beliau.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga perlu mencari jalan untuk mengurangkan kosnya.

Utusan Malaysia 22/11/2007

No comments: