'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, November 22, 2007

12. Penjara hadapi ‘limpahan’ penghuni

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, berlaku ‘limpahan’ di penjara seluruh negara.
Menurutnya, mengikut statistik, sehingga 16 Oktober lalu, terdapat 40,821 tahanan berbanding jumlah sebenar yang mampu ditampung oleh penjara iaitu seramai 31,280 orang.
Katanya, lebihan sebanyak 9,541 tahanan itu jelas menunjukkan berlaku kesesakan di penjara seluruh negara.
‘‘Daripada jumlah itu, seramai 15,117 tahanan atau 38 peratus adalah warga asing,” katanya.
Ah Kiow berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said (BN-Kota Belud) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Berhubung 11 depot tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang kini berada di bawah pengurusan Jabatan Penjara, Ah Kiow berkata, setakat ini, sebanyak 5,669 orang ditahan.
‘‘Kesemua depot itu mampu menanggung sehingga 7,550 orang PATI,” ujarnya.
Menurut beliau, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kesesakan di penjara dengan melaksanakan pemindahan tahanan selain memohon peruntukan bagi pembinaan semula blok penempatan yang rosak.
Ah Kiow memberitahu, pembukaan semula Penjara Johor Bahru yang dijangka beroperasi pada awal Januari tahun depan dapat menempatkan banduan reman dengan kapasiti 1,000 orang.
Tambahnya, kerajaan juga bercadang untuk membina 16 buah penjara baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
‘‘Sekiranya pelaksanaan pembinaan penjara baru ini dan pengubahsuaiannya berjalan lancar mengikut jadual, kapasiti di penjara dijangka dapat ditambah sebanyak 15,400 banduan,” katanya.
Menurut beliau, kerjasama juga diadakan dengan Jabatan Peguam Negara dan mahkamah bagi mempercepatkan proses perbicaraan kes reman melibatkan kira-kira 13,880 orang tahanan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Raja Zainuddin Raja Omar (BN-Larut), Ah Kiow memberitahu, warga asing yang terbabit dengan kesalahan undang-undang di negara ini enggan diterima oleh negara mereka.
‘‘Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan di negara mereka, tetapi mereka tidak mahu menerima rakyatnya yang melakukan kesalahan di negara ini,” jelasnya.

Utusan Malaysia 22/11/2007

No comments: