Kerajaan bersetuju menempatkan guru di penjara dan pusat tahanan di seluruh negara bagi membolehkan banduan muda mengikuti pendidikan formal sepenuh masa serta peperiksaan awam, sama seperti pelajar biasa di sekolah. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementeriannya sudah berbincang dengan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow bagi menempatkan tenaga pengajar di penjara untuk mengajar banduan dan penghuni di pusat tahanan. “Kementerian Pelajaran akan mengumumkan sepenuhnya langkah menempatkan guru di penjara pada Januari depan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Peringkat Kebangsaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2007
Petikan Berita Harian 27.11.07
Wednesday, November 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment