'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, November 18, 2007

8. 300 tertipu Skim Cepat Kaya guna nama CNI

Lebih 300 individu dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM3 juta akibat terpedaya dengan satu sindiket cepat kaya yang menggunakan nama sebuah syarikat jualan langsung terkenal.
Sindiket yang beroperasi di utara itu, dilapor menggunakan nama syarikat CNI Holdings Berhad (CNI) bagi mengumpan orang awam supaya melabur dalam skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan berbentuk wang tunai dan pelbagai barangan.
Menurut Eksekutif Kanan CNI, Mohd Nazri Syahid Mohd Safie, ramai orang awam terutama Melayu telah menjadi mangsa sindiket tersebut yang menjanjikan keuntungan sebanyak lima hingga 10 peratus dari jumlah pelaburan yang dibuat.
Maklumat
“Daripada maklumat yang diperoleh, lebih 300 orang terpedaya dengan sindiket ini yang menggunakan nama CNI untuk mengaut keuntungan.
“Selain itu, mereka mengumpan orang awam untuk mendaftar sebagai pengedar syarikat CNI dengan membayar sejumlah wang yang kononnya menjanjikan pulangan pelaburan cepat dan lumayan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, skim yang dilakukan oleh sindiket terbabit sama sekali tidak mendapat kebenaran dan keizinan CNI.
Nazri berharap orang awam supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan sindiket penipuan itu dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ditawarkan skim oleh sindiket terbabit.

Utusan Malaysia 17 November 2007

No comments: