'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, November 18, 2007

5. Sistem parol mula dilaksana tahun depan

Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan sistem parol pada tahun depan selepas Akta Penjara 2007, yang akan dibentangkan pada sesi parlimen sekarang, diluluskan.
Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beberapa pindaan perlu dilakukan pada akta itu sebelum sistem parol yang dicadangkan itu boleh dilaksanakan.
“Sistem itu bertujuan mempercepat proses penyesuaian banduan dengan masyarakat supaya mereka lebih tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara sebelum dibebaskan,” katanya selepas menutup kursus pegawai penjara di Akademi Koreksional Langkawi di sini semalam.
Seramai 60 pegawai kanan penjara seluruh negara menyertai kursus dua minggu itu, yang dikendalikan oleh kerajaan New South Wales, Australia.
Sistem parol yang akan diguna pakai kerajaan Malaysia dilaksanakan antaranya oleh Australia, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Sistem parol ialah pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik.
“Pesalah yang menjalani hukuman ringan tidak melebihi satu tahun akan dipertimbang,” kata Abdul Aziz.
Katanya, seramai 2,000 pesalah jenayah ringan yang memenuhi kriteria akan dipertimbang dimasukkan dalam sistem parol itu.
Beliau berkata, Jabatan Perkhdmatan Awam (JPA) telah meluluskan 600 perjawatan baru pegawai parol di samping memperuntuk RM7 juta bagi melaksanakan program dan latihan parol.
Abdul Aziz berkata, sistem itu akan dapat mengurangkan kesesakan di 29 penjara di seluruh negara, yang pada masa ini menempatkan 34,917 pesalah, sedangkan ia hanya dapat menampung 28,100 pesalah.

Sistem parol mula dilaksana tahun depan
LANGKAWI 17 Nov. - Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan sistem parol pada tahun depan selepas Akta Penjara 2007, yang akan dibentangkan pada sesi parlimen sekarang, diluluskan.
Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beberapa pindaan perlu dilakukan pada akta itu sebelum sistem parol yang dicadangkan itu boleh dilaksanakan.
“Sistem itu bertujuan mempercepat proses penyesuaian banduan dengan masyarakat supaya mereka lebih tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara sebelum dibebaskan,” katanya selepas menutup kursus pegawai penjara di Akademi Koreksional Langkawi di sini semalam.
Seramai 60 pegawai kanan penjara seluruh negara menyertai kursus dua minggu itu, yang dikendalikan oleh kerajaan New South Wales, Australia.
Sistem parol yang akan diguna pakai kerajaan Malaysia dilaksanakan antaranya oleh Australia, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Sistem parol ialah pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik.
“Pesalah yang menjalani hukuman ringan tidak melebihi satu tahun akan dipertimbang,” kata Abdul Aziz.
Katanya, seramai 2,000 pesalah jenayah ringan yang memenuhi kriteria akan dipertimbang dimasukkan dalam sistem parol itu.
Beliau berkata, Jabatan Perkhdmatan Awam (JPA) telah meluluskan 600 perjawatan baru pegawai parol di samping memperuntuk RM7 juta bagi melaksanakan program dan latihan parol.
Abdul Aziz berkata, sistem itu akan dapat mengurangkan kesesakan di 29 penjara di seluruh negara, yang pada masa ini menempatkan 34,917 pesalah, sedangkan ia hanya dapat menampung 28,100 pesalah.

- Bernama (Utusan Malaysia 17/11/07)

No comments: