'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, November 18, 2007

7. Steve Forbes sanjung dasar perniagaan Malaysia


Steve Forbes, bekas calon Presiden Amerika Syarikat dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Forbes Inc., yang turut menerbitkan majalah Forbes, menyanjung tinggi pencapaian Malaysia dan dasar bijak kerajaannya yang berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada perniagaan.
Beliau berkata demikian ketika menganjurkan mesyuarat sarapan pagi pada hari Rabu untuk meraikan delegasi dari Multimedia Development Corporation (MDeC) di New York bagi memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) kepada komuniti perniagaan Amerika Syarikat.
Forbes merujuk MSC sebagai “prasarana raya yang moden” untuk industri ICT.
“MSC ialah satu idea yang unik dan MDeC menggabungkan yang terbaik sektor awam dan swasta,” kata beliau pada mesyuarat itu.
Ketika ditanya mengapa beliau begitu menyokong usaha-usaha MDEC, Forbes berkata: “Forbes sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan beberapa negara Asia, termasuk Malaysia dengan menyokong idea-idea bagus yang mempromosikan keusahawanan dan teknologi. Inilah sebabnya mengapa kami menganjurkan mesyuarat sarapan pagi ini.”
Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Badlisham Ghazali turut menyertai perbincangan panel itu bersama-sama Michael Corbett, Pengerusi Persatuan Antarabangsa untuk Profesional Penyumberan Luar (IAOP) dan Mike Powell, Naib Presiden RCS, sebuah syarikat perisian yang mempunyai operasi di Malaysia, sementara Editor Eksekutif Forbes.com, Paul Maidment, menjadi perantara perbincangan itu.
Badlisham berkata, hakikatnya ialah Malaysia sebagai sebuah negara yang masih muda, mahu mengukuhkan kedudukannya dalam ekonomi pengetahuan.
“Syarikat ini telah ditubuhkan oleh kerajaan tetapi kami diberi kebebasan untuk mengurus dan mencapai matlamatnya. Malaysia tidak bersaing dengan India dan China tetapi ia menawarkan alternatif kepada mereka yang mahukan sesuatu yang boleh dimanfaatkan,” jelas beliau kepada hadirin yang terdiri daripada wakil korporat.
Corbett pula berkata, Malaysia sememangnya menjadi pilihan industri AS, sambil menambah kata: “Bagi industri, mendapat kepakaran (bakat) adalah sepenting penyumberan luar.”
RCS mungkin satu daripada syarikat perisian tertua yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan khusus terdiri daripada syarikat-syarikat penyiaran.
RCS menubuhkan syarikat penyumberan luarnya yang pertama di Mumbai, India, yang menawarkan kepakaran bahasa Inggeris yang cemerlang.
Bagaimanapun, kearifan perniagaan konvensional telah mendorong syarikat beliau untuk “tidak bergantung seluruh nasib pada satu usaha sahaja.”
– Bernama (Utusan Malaysia 17 November 2007)

No comments: