'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, November 16, 2007

4. Pendidikan - Sisipan Pendidikan Utusan Batu Capai 5A

Penggunaan sisipan pendidikan Utusan Malaysia banyak membantu, Vishnu Shanker, 12, dalam pembelajarannya menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terutamanya bagi mata pelajaran Matematik.

Vishnu dari Sekolah Kebangsaan Batu Lancang di sini yang mendapat keputusan 5A mengakui bahawa dia mula menggunakan sisipan pendidikan A Kelas dalam Utusan Malaysia sejak Mac lalu yang diperkenalkan oleh gurunya.‘‘Sejak itu saya sentiasa membelinya sendiri menggunakan wang saku saya setiap Isnin dan Rabu. Ia banyak membantu saya terutamanya bagi Matematik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Vishnu yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor memberitahu, dia sering membuat latihan yang terdapat dalam sisipan tersebut di rumah dan kadangkala turut bertanya kepada guru di sekolah sekiranya terdapat sebarang permasalahan yang tidak difahaminya.


Sementara itu, pasangan kembar seiras, Noor Syahmina Ameer Sajahan dan adiknya, Noor Farzanah dari sekolah yang sama ketika ditemui menyatakan, mereka berdua sering bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Pasangan kembar itu merupakan sebahagian daripada 75 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Batu Lancang yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.
Sekolah itu juga mencatat bilangan pelajar paling ramai mendapat keputusan 5A bagi bahagian pulau.


Pasangan adik-beradik yang dilahirkan selang 10 bulan, Al Afiq Aufa Yeong dan Al Haziq ketika ditemui menyatakan, mereka berasa gembira apabila berjaya mendapat keputusan 5A.
‘‘Kami dah buat yang terbaik masa menjawab soalan. Risau juga tapi bila tengok keputusan hari ini rasa gembira sangat,” kata Al Afiq yang bercita-cita ingin membuka perniagaan sendiri pada masa hadapan.


Bekas penerima Anugerah Kecemerlangan Atlit 2005 Pulau Pinang, Muhammad Ariff Rahmat berharap dengan pencapaiannya dalam keputusan UPSR dapat membantunya untuk memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Muhammad Ariff yang merupakan anak kepada seorang penjual daging di Pasar Bayan Baru memberitahu, dia tidak mempunyai banyak waktu untuk mengulang kaji pelajaran ekoran jadual latihan renangnya yang ketat.
Bagaimanapun, Muhammad Ariff memberitahu, dia memberikan perhatian yang sepenuhnya setiap kali berada di dalam kelas dan ketika mengikuti kelas tambahan selama dua jam setiap malam.


Utusan Malaysia 16/11/07

No comments: