'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, November 28, 2007

13. Masalah pondan, peminum arak serius di bandar utama

Kerajaan negeri memberi perhatian serius masalah membabitkan kumpulan pondan atau mak nyah yang bergerak aktif di bandar utama, selain pengambilan minuman keras di kalangan masyarakat Islam di negeri ini. Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan, berkata peningkatan jumlah kumpulan berkenaan agak membimbangkan dan usaha mengatasinya turut dilakukan pihak terbabit. Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah memberi kaunseling kepada 32 pondan di negeri ini supaya tidak meneruskan perbuatan tidak bermoral berkenaan.
"Sekiranya mereka terus berdegil, Seksyen 25 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 boleh digunakan ke atas mereka dengan hukuman penjara atau denda akan dikenakan sekiranya mereka didapati bersalah. "Tiada jumlah rasmi, namun hasil pemantauan Jais mendapati, berlaku peningkatan jumlah golongan ini dengan pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan segera supaya gejala ini tidak terus berleluasa dan menggugat generasi masa depan," katanya pada ucapan penggulungan kementeriannya, pada Sidang DUN di sini. Ucapannya mendapat tepukan kebanyakan ahli dewan yang menyokong tindakan tegas diambil ke atas golongan ini yang dilihat semakin berani menonjolkan diri dan tanpa segan silu menawarkan perkhidmatan seks.

Bertia Harian 28 November 2007

No comments: