'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, November 28, 2007

15. Projek tanam semula bakau

Kewujudan hutan paya bakau semakin penting sebagai benteng memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak dari laut terutama pada musim tengkujuh. Kepentingan bakau mula dikesan selepas kejadian tsunami yang melanda beberapa kawasan di pantai Barat Semenanjung, akhir 2004, yang menyaksikan hutan berkenaan berjaya menyerap ancaman tsunami sehingga berjaya menyelamatkan kerugian harta benda dan nyawa di kawasan yang dilanda bencana berkenaan. Selain sebagai pelindung semula jadi pesisiran pantai, hutan bakau adalah ekosistem unik yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna.
Sejak berlaku kemusnahan besar akibat tsunami, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar hutan bakau di negara ini dipelihara kerana ia adalah pelindung semula jadi. Menyedari pentingnya kestabilan ekosistem pesisiran pantai terutama di kawasan dikenal pasti sebagai kritikal terdedah kepada hakisan tanah, bahaya pukulan ombak besar tsunami serta tiupan angin kencang laut, tindakan penanaman semula pokok bakau sepanjang di persisiran pantai perlu dilaksanakan. Kira-kira 1,048 hektar kawasan di pesisir pantai Sarawak dikenal pasti perlu ditanam semula dengan pokok bakau.

Berita Harian 28 November 2007

No comments: