'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, November 28, 2007

17. Kerajaan belum cadang batal subsidi minyak

KERAJAAN tidak berhasrat menarik balik subsidi minyak, petrol, diesel dan gas, sebaliknya membuat semakan jangka panjang mekanisme pengagihannya. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Hilmi Yahaya, berkata kerajaan tidak boleh membuat perubahan dasar secara drastik dan perkara itu memerlukan kajian mendalam dan menyeluruh. Beliau menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat menarik balik pemberian subsidi minyak.

Kepada soalan tambahan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) sama ada kerajaan berupaya menanggung jumlah subsidi itu dan sama ada sebarang perubahan dasar akan dibuat, Hilmy menjelaskan setakat ini kerajaan belum memutuskan menarik balik subsidi petroleum, tetapi mungkin membuat semakan semula. Hilmy berkata, kerajaan menanggung subsidi petroleum lebih RM35 bilion setahun merangkumi subsidi gas yang diberikan kepada pekilang dan pengeluar tenaga persendirian (IPP) untuk menjana elektrik. "Untuk tahun ini saja, kerajaan dianggarkan memberi subsidi RM16.3 bilion kepada IPP. Jumlah ini memang banyak dan kerajaan mungkin membuat kajian semula untuk jangka panjang," katanya.

No comments: