'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, September 28, 2008

64 banduan diberi pelepasan parol

Tempoh tahanan dikurang untuk beraya dengan keluarga minggu depan

Buat kali pertama, 64 banduan yang menjalani pelepasan menerusi sistem parol akan berasakan kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing, bermula minggu depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Farid Wan Salleh, berkata itu adalah antara kelebihan sistem parol kerana ia memberi peluang kepada banduan menjalani kehidupan bebas seperti orang awam.

"Jika sebelum ini, kumpulan pertama banduan ini hanya berpeluang bertemu keluarga selepas beberapa hari perayaan disambut, tetapi kali ini mereka dapat merasakan sendiri suasana menyambut Aidilfitri bersama sanak saudara dan tentunya pendapatan yang diperoleh hasil pekerjaan yang dilakukan sejak dua bulan lalu dapat menampung perbelanjaan diri dan keluarga.

Sistem parol mula dilaksanakan Julai lalu dan konsep pelaksanaannya berlandaskan kepercayaan bahawa pembebasan secara terkawal dan bimbingan supaya dapat membantu mengintergrasikan banduan ke dalam komuniti ke arah pembentukan masyarakat lebih harmoni serta selamat.

Banduan yang mendapat perintah parol akan dilepaskan dengan diwajibkan memenuhi syarat dan kawalan seperti ditetapkan Lembaga Parol dan diletakkan di bawah kawalan Pegawai Parol daerah.

Jika melanggar syarat parol ditetapkan, mereka akan diperintahkan ditahan semula di penjara dan tidak akan diberi peluang menjalani parol pada masa depan.

Mengikut Seksyen 46A Akta Penjara (pindaan) 2007, mereka yang menjalani hukuman penjara setahun layak mengikuti Sistem Parol selepas menjalani separuh daripada hukuman itu.

No comments: