'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, September 16, 2008

Jamin tiada kenaikan ketara harga ayam dan telur bagi perayaan Aidilfitri

Bekalan daging ayam dan telur bagi musim perayaan Aidilfitri ini dijamin mencukupi dengan tiada kenaikan harga yang ketara, kata Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, Lee Ah Fatt.

Katanya persatuan itu telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan pihak berkuasa tempatan bagi menjamin keperluan bekalan dua bahan utama ini bagi musim perayaan itu mencukupi.

“ Persatuan juga telah meminta kepada kerajaan supaya paras harga ayam pada kadar RM7.50 sen sekilo manakala harga telur Gred A pada harga 34 sen sebiji,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menetapkan harga siling kedua-dua harga bahan itu bagi musim perayaan Aidilfitri ini tidak lama lagi. Katanya harga ayam pada masa kini antara R7.00 dan RM7.50 sekilogram manakala harga telur Gred A antara 30 sen dan 35 sen sebiji.

Menurutnya purata keperluan bekalan ayam setiap hari adalah sebanyak 1.3 juta ekor manakala permintaan untuk telur antara 15 juta dan 25 juta bergantung kepada keadaan semasa bagi Semenanjung Malaysia.

“ Kita menjangka kenaikan permintaan sebanyak tiga hingga empat peratus daripada kadar permintaan pada hari biasa semasa menghadapi musim perayaan Aidilfitri ini,” katanya.

Beliau berkata lazimnya permintaan untuk bekalan telur akan meningkat pada minggu ketiga umat Islam berpuasa kerana suri rumah akan mula melakukan persiapan untuk membuat kuih raya.

- Bernama

No comments: