'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, September 23, 2008

Pasar minggu berkonsep kebudayaan Sarawak, Kalimantan

SERIAN Sebuah pasar minggu berkonsepkan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak dan Kalimantan akan dibina di Tebedu dalam masa terdekat.

Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan, Datuk Michael Manyin Jawong berkata, buat masa ini, beliau telah mengarahkan pihak perunding tempatan supaya mengkaji pelan tapak pasar berkenaan.

''Konsep pasar ini lebih kurang sama dengan pasar yang terdapat di Serikin dan Bau. Ia dibezakan dengan persembahan hiburan seperti pertunjukan pentas dan gerai menjual makanan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata, pasar minggu itu akan memberi peluang kepada pengunjung termasuk warga Indonesia mempelajari kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak menerusi makanan tradisional dan produk kraf tangan tempatan yang dijual di situ.

Beliau yakin kewujudan pasar itu akan berjaya menarik kehadiran orang ramai berikutan kawasan itu berdekatan dengan pelabuhan darat dan kawasan perindustrian.

''Bagaimanapun, kementerian memerlukan dana yang mencukupi bagi melaksanakan rancangan berkenaan dan saya berharap kerajaan Pusat akan dapat meluluskan peruntukan sewajarnya bagi projek itu," ujarnya.

Sementara itu, Manyin berkata, Serian memerlukan fokus yang khusus bagi mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di situ.

Jelasnya, Ranchan Pool merupakan salah satu pusat rekreasi yang berpotensi untuk diketengahkan tetapi ia perlu dinaik taraf terlebih dahulu.

No comments: